Wednesday, August 12, 2009

"Mak nak bancuh A.."

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia (patriotik ni) =) Pada 7, 8 dan 9 Ogos yg lalu, telah berlangsungnya Program Anak Angkat yg diadakan di Kampung Banggol Saga, Bongor, Baling, Kedah yang disertai oleh para pelajar PISMP semester 4 opsyen PSV dan Math IPGM kampus Perlis. Ini merupakan salah satu aktiviti dalam program Bina Insan Guru yang berbeza mengikut semester dan wajib diikuti oleh setiap pelajar IPGM. Bagi saya, program ni sgt menarik dan amat bermakna terutamanya kepada seorang bakal guru untuk memahami dan mendekati masyarakat setempat (ayat skema ni). Ni merupakan pertama kali saya mengikuti program anak angkat. So, pada mulanya rasa agak teruja je nak pergi. Tapi rasa segan pun ada sebab nak tinggal di rumah orang yg tak dikenali.


Pada 7 Ogos 2009, tepat pada jam 10.23 pagi (ikut jam saya) kami pun bertolak ke sana. Pada petang tu, kami ada majlis perasmian yg dirasmikan oleh Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim (dia lawa gak tgk face 2 face). Kemudian majlis penyerahan anak angkat. Saya dgn Dayah (yg juga dikenali sebagai singa PSV) tinggal di rumah keluarga angkat iaitu Mak Teh n Pak Teh Tajol. Mula2 nak panggil mak n ayah rasa kekok je. Ye la, mak n ayah betul ada kat Penang nu… Sesampainya di rumah, lps letak barang2 kami pun lepak2. Tiba2 mak ckp “Kalau nak p bilik A, kat ctu. Mak nak bancuh A”. Apakah itu a? ha….A tu air…
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan. Pada mlm yang pertama, telah diadakan mlm komuniti yang disertai juga oleh UUM dan pelajar sekolah. IPGM kampus Perlis mewakili Kampung Banggol Saga manakala pihak yang lain mewakili kampong masing2 pada pertandingan persembahan pada mlm itu. Alhamdullillah, IPGM kampus Perlis mendapat tempat pertama kerana persembahan yg best n pelakonnya yg berbakat yg membintangi lakonan sebuah lakonan yg mengimbau kembali penduduk kampung ke zaman 60-an..


Selain tu, pelbagai aktiviti lain yang diadakan seperti tazkirah, sukaneka, gotong-royong, BBQ bersama penduduk kampong, ceramah dan mcm2 lagi. Enjoy giler walaupun letih… Yg bestnya, masa sukaneka n senamrobik, dengan rilex nya pakcik2 tu pakai kasut but yg untuk ke kebun. Main bola pun pakai kasut but tu. Comey je tgk. =) Makcik2 plak peramah n byk celotehnya yg melucukan. Memang terlebih makan masa di sana, dengan musim buahnya..fuh, best.. Pada hari terakhir selepas 3 hari 2 mlm di sana, majlis penutup diadakan yg dirasmikan oleh YB ADUN Bayu..Sblum btolak pulang smua saling bersalaman, bpelukan n bergambar. Rasa mcm dah lama kenal..rasa sedih sgt.mcm2 buah tgn diorg bg. Sebelum balik, mak juga sempat pesan, “Klau dah kahwin jgn luga bgtau..”

Tuesday, May 5, 2009

CANTIK...?



Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.


Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni. Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain. Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang. Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

Tuesday, April 7, 2009

TANDA 100 HARI SEBELUM HARI KEMATIAN

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWTkepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada merekasedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujungrambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudahwaktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula. Sesengguhnya mengingati mati itu adalah bijak dan salinglah berpesan2lah sesama kita..

Wednesday, February 18, 2009

HAK MELAYU!

MCA meminta kerajaan menghapuskan syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat-syarikat senaraian awam bagi memastikan ia terus bersaing. Naib Presidennya, Datuk Liow Tiong Lai berkata, ini kerana elemen penting dalam pertumbuhan ekonomi negara kini adalah daya saing yang kuat bagi membolehkan negara berhadapan dengan kesan buruk ekonomi dunia. Patutkah?? Meh kita imbas kembali...
Kontrak Sosial

Ini adalah perjanjian, lebih sesuai dikatakan sefahaman yang dipersetujui bersama antara tiga kaum utama di Tanah Melayu sewaktu usaha menuntut kemerdekaan daripada British. Tiga kaum tersebut adalah Melayu, Cina dan India.
Seperti yang kita tahu, Melayu memang telah berada di Tanah Melayu sejak berzaman lamanya. Saya tidak mahu membincangkan tentang sejarah, bukti-bukti kewujudan Melayu.. But hey, that’s why this place was named Tanah Melayu..
Sewaktu orang Melayu menuntut kemerdekaan daripada British, British telah mengarahkan supaya orang Melayu menerima orang Cina dan India (yang dibawa masuk oleh British) sebagai rakyat dengan hak yang sama di Tanah Melayu. Sudah tentu sajalah orang Melayu ketika itu tidak bersetuju.. Oleh kerana tidak bersetuju, British enggan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu..
Adakalanya kita kena bertolak ansur.. Kemerdekaan adalah perkara terpenting pada masa itu.. Oleh itu, demi mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu, orang Melayu bersetuju menyerahkan hak kerakyatan Tanah Melayu secara bersyarat.
Disitulah datangnya Kontrak Sosial ini.. 5 hak orang Melayu, tetapi orang Melayu bersedia berkongsi satu hak tersebut dengan orang Cina dan India..

5 hak orang Melayu itu adalah:

1. Raja berpelembagaan
2. Agama Islam
3. Bahasa Melayu
4. Hak istimewa orang Melayu
5. Kerakyatan

Kerakyatan Secara Jus Soli

Dan daripada 5 itu, orang Melayu kongsikan yang ke-5 dengan orang China dan India, iaitu
1. Kerakyatan diberi secara prinsip Jus Soli kepada orang China dan India yang tinggal di Tanah Melayu sebelum tahun 1957 dan kepada orang Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu selepas tahun 1957.
Sebab itulah, bila akhir-akhir ada beberapa kumpulan yang cuba menuntut supaya hak istimewa orang Melayu dihapuskan, maka mereka kena ingat bahawa apabila mereka berbicara tentang hak istimewa orang Melayu, itu bermakna secara tidak langsung mereka sedang berbicara tentang kerakyatan mereka. Kerana semua 5 perkara di atas datang secara pakej. Pakej 5 dalam 1.

Kaitan Dengan Perlembagaan Malaysia

Dan perlembagaan Malaysia digubal berasaskan kepada kontrak sosial yang 5 itu. Sebab itulah juga, seandainya kita bercakap tentang menghapuskan hak istimewa orang Melayu, bermakna kita juga kena menukar Perlembagaan Malaysia. Kerana hak istimewa orang Melayu adalah salah satu asas yang membentuk Perlembagaan Malaysia.
Semasa kontrak sosial ini dibincangkan antara Melayu, Cina dan India sebelum merdeka, British telah menawarkan kepada orang Cina dan India - sekiranya mereka tidak bersetuju untuk menerima syarat yang ditetapkan ini, British memberi mereka 2 pilihan:
1. Pulang ke negara asal mereka
2. Berpindah ke negara-negara Asia di bawah jajahan takluk British
Pada masa itulah, beratus ribu (mungkin berjuta?) orang Cina dan India keluar dari Tanah Melayu kerana mereka tidak percaya orang Melayu mampu mentadbir Tanah Melayu secara bersendirian. Maksudnya mereka lebih percayakan British.
Tapi itu tak apa kan.. Jadinya, orang Cina dan India yang mendapat kerakyatan pada hari ini, nenek moyang mereka telah bersetuju dengan kontrak sosial tersebut. Kecualilah jika sebenarnya nenek moyang mereka adalah pendatang secara haram.. Hehehe.. Jika nenek moyang mereka tinggal sebelum merdeka, pasti mereka lebih arif dengan hal ini..
Tak kan Melayu hilang di dunia!!
regards: cikgu azleen

Monday, December 1, 2008

ADA SAPA-SAPA NAK ORDER BARANG??? gtau ye..hehe..nak tanya apa2 pun boleh.

BERSAMA MENJANA REZEKI BERKAH UNTUK DIRI, KELUARGA DAN UMMAH






























"BERSAMA MENJANA REZEKI BERKAH UNTUK DIRI, KELUARGA DAN UMMAH"

# Yuran Keahlian hanya RM30 seumur hidup
# Web Promosi PERCUMA
# HPA mempunyai 20 tahun pengalaman dalam industri herba
# 74 Produk (produk kesihatan, kegunaan harian, dll)
# Berteraskan islam semasa proses pembuatan produk (cth: pekerja mengambil wuduk sebelum memulakan kerja)
# Mula tersebar ke negara-negara ASEAN dan juga sedang berusaha memasuk pasaran timur tengah.

Jom kenali HPA....HPA Industries Sdn Bhd diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada tahun 1995 dan merupakan sebuah syarikat 100% milik bumiputra Muslim yang begitu komited dalam mengeluarkan produk-produk Halal berupa makanan kesihatan berasaskan herba, produk makanan HALAL dan produk kegunaan harian. Perniagaan ini dijalankan secara Multi Level Marketing (MLM).

CIRI-CIRI PRODUK HPA

  • Dikilangkan mengikut standard “Good Manufacturing Practice” (GMP).

  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)
    dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Menggunakan 100% herba.

  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

  • Tidak mengandungi steroid.

  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.

  • Melepasi ujian had Mikrob.

  • Melepasi ujian had kecairan.

  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

  • Gunakan tanpa was-was, TIADA KESANGSIAN LAGI!

KEISTIMEWAAN MENJADI AHLI HPA:
  • Yuran keahlian HPA hanya RM 30.00 sahaja seumur hidup. Tiada yuran tahunan.

  • Perniagaan ini boleh diwarisi.

  • Peluang menikmati pelbagai bonus dan insentif yang disediakan. Terdapat 11 ganjaran bonus hebat dari HPA.

  • Diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25%.

  • Peluang menambah ilmu perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi, kiropraktik, ilmu diagnos penyakit melalui tapak tangan, iridologi (anak mata), lidah dan denyutan nadi.

  • Pelan pemasaran yang begitu mudah. ADIL dan SUKSES. Tiada penurunan pangkat dan peratusan bonus serta tiada group sales maintain!

  • Berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui program 5 angka dalam masa 5 bulan dengan menyertai Seminar Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) HPA.

  • Berpeluang melabur dalam Koperasi Wahida HPA. Anggaran pulangan 10-25% setahun.

KATA-KATA kegemaran LAMBANG PERIBADI



Mari kita perhatikan kata-kata yang terkeluar ketika kita bercakap...
Nak tahu apa rahsianya...?

"Saya Memang.."
Mereka ini menginginkan sesuatu yang boleh memberikan rasa selamatpada diri mereka. Selain itu, mereka juda sangat mengambil berat tentang diri org2 yang disayangi.

"Saya Rasa.."
Mereka merupakan seorang yangs ensitif dan agak emosi.Pantang tersentuh,angin satu badan nampaknya.Sebab itu kena banyak gunakkan diplomatik sekiranya berurusan dengan mereka ini. Sekiranya mereka ini terluka, luka itu akan sentiasa diingati sepanjang hidup. Dalam erti kata lain mereka ini agak pendendam orgnya.

"Saya Fikir.."
Kamu dikatakan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa berfikir jauh. Kamu juga seorang gemar berfikir tentang perkara apa saja dan gemar bertukar pendapat tentang apa saja untuk meluaskan pandangan.Bahkan mereka ini terbuka untuk menerima idea dan pendapat baru daripada orang lain.

"Saya Percaya.."
kamu merupakn seorang bersemagat dalamhiduo dan ia juga melambangkan keyakinan diri.Kamu mudah percaya pada orang lain dan itu juga kelemahan diri kamu.Sebabnya, nanti mudah tertipu.Namun yang penting, kamu percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yan dimiliki.

"Pada Pendapat Saya.."
Jelas sekali kamu ini yakin dengan apa yang kamu lakukan.Tapi kadangkala keyakinan itu tidak betul.Jadi kamu harus belajar unutk menimbangkan pendapat orang lain.

"Saya Tahu.."
kamu mempunyai pendapat yang kukuh tentang apa juga perkara. Mungkin kerana kamu ini merupakan seorang yang genar membaca dan luas pandangan.Kadangkala itu. kamu seorg ibarat "kamus bergerak". Tanya saja . mesti tahu punya.Satu kelemahan kamu, kadang kala kamu seolah2 berladak, macam Profesor serba tahu pula.

"Saya Akan.."
Mereka ini dikatakan sukar berkata "tidak" dalam apa jua perkara sekalipun apatah lagi perkara itu memeng menjadi target utama kamu selama ini.Kamu yakin kamu berjaya mendapat apa sahaja yang kamu inginkan selama ini.Tapi ingat, usaha itu pun perlu ada, yakin saja tidak memadai..